FPM CLIENT CHARTER

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  • Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
  • Memastikan Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.
  • Memastikan rancangan instruksional (RI) / pro forma kursus boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.
  • Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan.
  • Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang- kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.
  • Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti / program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal / bengkel / stor / studio sedia digunakan selewat-lewatnya sepuluh (10) minit sebelum kuliah bermula.
  • Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.