program
Diploma pendidikan Awal Kanak-Kanak
Objektif program ini adalah untuk melahirkan para pendidik yang berketerampilan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan berupaya menyepadukan dan menggunakan prinsip-prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentafsiran dalam proses pengajaran dan pembelajran di bilik darjah. Program ini juga digubal untuk melahirkan graduan yang bestari serta berupaya mengaplikasikan peranan profesional pendidik awal kanak-kanak dalam masyarakat pelbagai budaya yang sedang mengalami perubahan sosial dan teknologi yang berterusan.