program
Diploma pendidikan Awal Kanak-Kanak
Objektif program ini adalah untuk melahirkan para pendidik yang berketerampilan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan berupaya menyepadukan dan menggunakan prinsip-prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentafsiran dalam proses pengajaran dan pembelajran di bilik darjah. Program ini juga digubal untuk melahirkan graduan yang bestari serta berupaya mengaplikasikan peranan profesional pendidik awal kanak-kanak dalam masyarakat pelbagai budaya yang sedang mengalami perubahan sosial dan teknologi yang berterusan.
PANDUAN PERMOHONAN MENAMBAH KAPASITI KURSUS
Pelajar perlu memuat turun borang di laman web Fakulti Pembangunan Manusia di Bahagian Borang Pelajar Diploma.
Pelajar perlu mengisi borang UPSI/FPM/AKA/BO 09 Pind:01 Bahagian A dan B.
Emelkan borang yang telah lengkap diisi kepada Penasihat Akademik, Pensyarah Kursus dan Staf Jabatan (nfaridah@upsi.edu.my)
Terima emel Permohonan Menambah Kapasiti Kursus/Pertukaran Kumpulan daripada pelajar.
Mencetak permohonan tersebut dan membuat pengesahan.
Menghantar borang yang telah disahkan kepada Staf Jabatan.
Terima borang daripada Penasihat Akademik pelajar.
Mendapatkan pengesahan daripada pensyarah kursus/Ketua Jabatan.
Makluman kelulusan permohonan akan diberikan kepada pelajar.
Membuka kapasiti bagi permohonan yang telah diluluskan.
Pelajar mendaftar kursus.