PENGENALAN FAKULTI

Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) telah ditubuhkan pada 01 Jun 2010 selepas berlakunya penstrukturan dan penjenamaan semula fakulti ini merupankan fakulti yang terbesar di UPSI. Nama asal FPM adalah Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia. Fakulti ini telah wujud sejak penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu pada tahun 1996. Teras utama universiti adalah berlandaskan bidang pendidikan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat dalam pelbagai disiplin ilmu.

Terdapat lima (5) buah jabatan di bawah FPM iaitu Jabatan pengajian Pendidikan, Jabatan Psikologi, Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling. Selaras dengan UPSI yang teras utamanya pendidikan, FPM akan menjadi ‘tulang belakang’ kepada semua program pendidikan guru yang ditawarkan di UPSI. FPM juga bertanggungjawab melaksanakan program pendidikan sepanjang hayat dan penyelidikan dalam aspek berkaitan pedagogi, kurikulum, pengukuran dan pendidikan khas dan bidang bimbingan dan kaunseling. Disamping itu, FPM juga menyediakna khidmat nasihat ke arah pembangunan kapasiti staf UPSI agar lebih mantap.

 

VISI

Menjadi fakulti yang cemerlang dalam kepimpinan pendidikan dan pembangunan manusia bagi melahirkan graduan yang peka dan berwibawa dalam menerajui pendidikan.

MISI

Menjana dan menatar ilmu melalui bidang pendidkan, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan manusia selaras dengan visi dan mis universiti.